Popular Posts

Pemuda UMNO Malaysia

Puteri Umno

Powered by Blogger.

Followers

Projek Puteri Prihatin Di Hospital Jempol

Friday, July 20, 2012

Puteri Umno Bahagian Jempol yang diketuai oleh Ketua Puteri Bahagian Jempol , Norhanim Ismail telah mengadakan program Projek Puteri Prihatin di Hospital Jempol pada 17 Julai 2012. Seramai 100 pesakit telah menerima sumbangan berupa barang keperluan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga usaha murni seperti ini berterusan.

Puan Norhanim bersama Doktor Ravi serta AJK Puteri Umno Bahagian

Read Post | ulasan

Forum Secangkir Kopi Bersama Yang Berhormat

Wednesday, July 18, 2012

As salam buat semua warga Jempol. Pihak Buletin Parlimen Jempol (BPJ) sedang merancang untuk mengadakan program yang akan memberi ruang kepada belia serta warga Jempol untuk berforum bersama pemimpin. Program yang akan diberi nama SECANGKIR KOPI BERSAMA YANG BERHORMAT bakal memberi ruang kepada semua untuk mendengar , memberi idea serta bertukar-tukar pandangan. 

Program yang dirancang ini bakal diadakan di dewan Felda Palong 1 dengan kerjasama Persatuan MBFM sekitar gugusan Palong. Kehadiran tuan-puan sangat dialukan demi mencapai matlamat program.

Nyatakan kehadiran anda melalui link dibawah..

FORUM SECANGKIR KOPI BERSAMA YANG BERHORMAT
Read Post | ulasan

Warga Felda Wilayah Raja Alias Membantah Himpunan Oren

Thursday, July 12, 2012

Kami warga Felda Wilayah Raja Alias membantah himpunan Oren yang dijadualkan pada 14 Julai 2012. Mesej jelas ini disampaikan oleh warga Felda Wilayah Raja Alias. Selain itu mereka juga menyokong penuh  penyenaraian FGVH di bursa saham Kuala Lumpur. Tiada apa yang perlu dibantah lagi apa lagi mahu berhimpun yang agendanya semata-mata hendak menimbulkan rasa benci masyarakat peneroka kepada Felda.

Seluruh gabungan yang ada di tanah rancangan felda wilayah Raja Alias membantah dan mengutuk segala usaha untuk memecahbelahkan warga Felda. Ini bukan bersandarkan kepada politik semata-mata tapi berdasarkan warga Felda tidak mahu maruah mereka di jaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..

TANAH RANCANGAN FELDA TANAH KAMI , KAMI TAHU APA YANG BAIK DAN APA YANG BURUK.. KAMI TAK SOKONG HIMPUNAN OREN.







gambar oleh Mohammed samsuddin
Read Post | ulasan

Sekitar Persidangan Umno Bahagian Jempol

Wednesday, July 11, 2012

Berikut adalah beberapa gambar sekitar perwakilan dan persidangan Umno Bahagian Jempol pada 7 dan 8 Julai 2012. Tahniah Umno bahagian Jempol







Untuk lebih gambar berbagai aktiviti sekitar Parlimen Jempol sertai kami di Facebook Buletin Parlimen Jempol di https://www.facebook.com/groups/177485365699922/

Gambar Oleh Zainaul Abidin Along

Read Post | ulasan
 
© Copyright BULETIN PARLIMEN JEMPOL 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all