Popular Posts

Pemuda UMNO Malaysia

Puteri Umno

Powered by Blogger.

Followers

Skuad Sayang Umno Cawangan Felda Serting Hilir 5

Thursday, June 28, 2012

Terima kasih atas keprihatinan skuad sayang Umno cawangan felda Serting Hilir 5 kerana hari ini 28 Jun 2012 mereka telah pun menjalanankan tanggungjawab mereka dalam mendengar masalah setempat. Hari ini mereka telah pun  menziarah Pak Mail peneroka Serting Hilir 5 yg terlantar setelah diserang angin ahmar.

Semoga usaha sebegini dapat diteruskan dari masa kesemasa. Dengan cara ini juga masyarakat yang ditimpa musibah akan rasa dihargai. Harap program seperti ini di perbanyak dan di perhebatkan di seluruh Parlimen Jempol.




Gambar Oleh Jue Jonid

Read Post | ulasan

Bayaran Durian Runtuh Guna Dana Dalaman Dan Imbuhan Penjualan Saham FGVH

Wednesday, June 27, 2012

Pembayaran durian runtuh RM15,000 kepada warga FELDA dibiayai menggunakan dana dalaman dan wang imbuhan yang diterima melalui penjualan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Ahmad Maslan dari soalan Mohd Nasir ( Pas Padang Terap ) yang bertanya dari sumber mana kerajaan membayar RM15,000 kepada peneroka Felda sedangkan penyenaraian FGVH belum dilaksanakan.

Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Pembayaran itu akan dilakukan dalam tiga fasa dengan fasa pertama berjumlah RM5,000 kepada ketua keluarga peneroka, fasa kedua membabitkan RM5,000 kepada isteri peneroka, manakala fasa ketiga pembayaran RM5,000 kepada generasi kedua FELDA. 


Read Post | ulasan

Islam Tetap Dipertahankan - Najib

Tuesday, June 26, 2012


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang kini diperjuang pihak tertentu juga akan ditentang. Dalam usaha kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi, tiada sebarang kompromi berhubung soal akidah, ibadah, muamalat dan akhlak. Kerajaan berikrar akan mempertahan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini.

Perdana Menteri juga  menyentuh mengenai tindakan Pas mengarahkan ahli parti berkenaan agar menangguhkan ibadah haji demi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, Najib berkata beliau terkejut kerana Pas tergamak berbuat demikian. Sebagai sebuah parti yang mendakwa parti Islam, Pas sepatutnya mengutamakan pelaksanaan fardu ain terlebih dahulu berbanding fardu kifayah kerana ibadah haji rukun Islam kelima dan wajib ke atas mereka yang berkemampuan.




Read Post | ulasan

Felda Global Catat Keuntungan RM280.806 Juta Bagi Suku Pertama

Monday, June 25, 2012

FELDA GLOBAL CACAT KEUNTUNGAN SUKU PERTAMA Felda Global Ventures Holdings Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai rendah sebanyak RM280.806 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2012, berbanding RM495.284 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan meningkat kepada RM1.719 bilion, semasa tempoh tersebut, daripada RM1.688 bilion sebelumnya.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pendapatan tinggi itu adalah hasil daripada jualan minyak sawit mentah dan isirung sawit yang bertambah baik tetapi diimbangi penurunan dalam pendapatan daripada segmen hiliran.
Sementara itu, Felda berkata operasinya bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012, dijangka dipengaruhi oleh keupayaan untuk mengekalkan bahagian pasaran, meningkatkan jualan dan pemulihan ekonomi di dalam negara dan juga global.

Read Post | ulasan

Festival Kanak-Kanak 1 Malaysia Di Palong 4,5,6

Bukan hanya yang dewasa , kanak-kanak turut diberi perhatian oleh pemimpin kita. Oleh itu satu program berbentuk festival telah diadakan pada 24 Jun 2012 Ahad. Festival Kanak-Kanak 1 Malaysia  diadakan khas untuk kanak-kanak yang berumur dari 5 bulan hingga 12 tahun. 

Program UMNO dengan kerjasama kepimpinan setempat yang melibatkan JKKK , GPW , BELIA , KEMAS dan lain-lain. Festival ini turut mendapat sokongan kuat dari Encik Mustafa Nagoor. Berbagai acara telah diadakan seperti pertandingan mewarna , pakaian beragam dan bayi sihat. Turut hadir memeriahkan festival adalah ahli Perlimen Jempol Dato Hj Lilah Bin Jh Yasin.

Kesimpulannya , program serampang dua mata ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk mengumpulkan generasi pertama , kedua dan ketiga felda.






Gambar Oleh Amirul Kizmyself Rafiqin

Lain-lain gambar sertai kami di FB Buletin Parlimen Jempol
Read Post | ulasan

Majlis Perasmian Jejak Warisan Teratak Zaaba Pada 20/06/2012

Saturday, June 23, 2012

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim pada Majlis Perasmian Jejak Warisan Teratak Za'ba di sini hari ini. Turut hadir , Ahli Parlimen Jempol, YB Dato' Haji Lilah Haji Yasin.






Gambar Oleh Fauziah Tawil 
Read Post | ulasan

Jelajah Pemuda Umno Bahagian Jempol

Pada 28 Februari 2012 telah diadakan jelajah pemuda Umno Bahagian Jempol bersama Adun Jeram Padang Datuk VS Mogan. Jelajah bermotosikal ini telah menjelajah kawasan DUN  Jeram Padang bertemu rakyat. Tahniah Pemuda Umno Jempol atas usaha ini.





Foto oleh Tok Jampi 
Read Post | ulasan

Kayuhan 1 Malaysia Semasa Fiesta Astro Mesra Belia 1 Malaysia 1 Felda

Fiesta Astro Mesra Belia 1 Malaysia 1 Felda telah berlangsung pada 8 hingga 10 Jun 2012 di Padang Awam Palong 4,5 dan 6. Salah satu acara menarik yang telah belangsung adalah kayuhan 1 Malaysia yang turun disertai oleh ahli Parlimen Jempol Dato Lillah bersama pemimpin setempat. Kayuhan ini juga melibatkan belia sekitar palong dan luar palong dimana jarak kayuhan adalah 7 kilometer mengelilingi sekitar kawasan Palong 4,5 dan 6. 


Foto oleh Amirul kizmyself Rafiqin
Read Post | ulasan

Ucapan Terima Kasih Dari Peneroka Palong 8

Durian runtuh yang di umumkan oleh Perdana Menteri berjumlah RM15 ribu setiap keluarga peneroka telah mengembirakan peneroka felda seluruh negara. Tidak ketinggalan juga bagi peneroka di Jempol iaitu peneroka dan penerokawati Felda Palong 8 yang terletak di dalam DUN Palong. Itulah nikmat dan rezeki Allah kepada mereka yang tahu bersyukur. Terima kasih PM..
Dato Lillah menyampaikan check RM5000 kepada penerima
di Felda Palong 8





Foto oleh Othman Parman
Read Post | ulasan

Program Pemimpin Bersama Rakyat Dan Sukaneka KEMAS DUN Jeram Padang

Program Pemimpin Bersama Rakyat Dan Sukaneka KEMAS DUN Jeram Padang telah diadakan pada 18 dan 19 Mei 2012 bertempat di Felda Palong 1. Majlis penutup telah dilakukan oleh ahli parlimen Jempol Dato Haji Lillah Bin Yassin.




Foto Oleh Zainaul Abidin Along
Read Post | ulasan

Kompang Raja Alias Di Karnival Iktiraf 2012

Belia Felda Palong 5 bersama dengan kerjasama Seranta dan Felda Wilayah Raja Alias , Jempol telah menghantar pasukan kompang 1 Malaysia dalam perhimpunan kompang terbesar Karnival Iktiraf 2012 di Dataran Merdeka. Belia Jempol boleh.. 



Foto Oleh Amirul Kizmyself Rafiqin
Read Post | ulasan

Dato Lillah Bersama Rakyat

Pemimpin itu untuk dirujuk.Sudah tentu pemimpin itu sentiasa mahu membantu selagi mampu.Pemimpin dan rakyat tidak dapat dipisahkan.Berikut adalah beberapa gambar di pejabat Dato Lillah semasa sesi bertemu rakyat pada setiap hari jumaat.





Foto Oleh Tok Jampi
Read Post | ulasan

Karnival Jempol 2012

Karnival Jempol 2012 diadakan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan kakitangan swasta dan kerajaan yang mewakili jabatan dan agensi masing-masing khususnya di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Selain itu, karnival ini juga menjadi platform terbaik bagi para pengusaha dan usahawan setempat memperkenalkan dan memasarkan hasil produk mereka. Antara produk yang ditawarkan terdiri daripada hasil pertanian dan penternakan, produk proses seperti makanan sejuk beku, sos cili, dan sebagainya.

Pelbagai acara yang berlangsung sebagai pengisian sepanjang dua hari Karnival Jempol ini diadakan seperti acara Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Bercerita Kanak-kanak, Pertandingan Karaoke dan Persembahan Artis, Osbon dan Ekin AF3. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Chef Wan yang membuat demostrasi masakan. 

Karnival ini turut menyaksikan Majlis Anugerah Usahawan Felda yang disempurnakan oleh YB. Tan Sri Hj. Mohd Isa Bin Dato' Hj. Abdul Samad dengan kehadiran Ahli Parlimen Jempol dan EXCO Pertanian, IAT, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan. Perasmian Karnival Jempol 2012 telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jempol, Dato' Hj. Lilah Bin Hj. Yasin yang menggantikan YB. Dato' Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Manakala Majlis Perasmian Penutup pula disempurnakan oleh wakil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Baharom bin Jani TKSU (Pembangunan)

Read Post | ulasan
 
© Copyright BULETIN PARLIMEN JEMPOL 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all