Popular Posts

Pemuda UMNO Malaysia

Puteri Umno

Powered by Blogger.

Followers

Majlis Penyampaian Cek Durian Runtuh Dan Berbuka Puasa Di Felda Bukit Rokan Barat

Saturday, August 11, 2012


Majlis Penyampaian Cek Durian Runtuh Dan Berbuka Puasa Di Felda Bukit Rokan Barat yang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jempol Dato Haji Lilah Bin Haji Yasin.







Read Post | ulasan

Ramadhan 1433H | Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Warga Emas Dan Ibu Tunggal Di Masjid Palong 5

Majlis berbuka puasa bersama Dato Haji Lilah Bin Haji Yasin di Masjid Al- Ansar , Felda Palong 5. Dalam majlis ini Dato, turut menyampaikan sumbangan kepada warga Felda Palong 5 yang terlantar dan ibu tunggal generasi kedua. Turut hadir beberapa pemimpin UMNO bahagian Jempol.





Read Post | ulasan

Ramadhan 1433H | Sekitar Bazar Ramadhan Bandar Seri Jempol

Ramadhan tiba lagi. Tempat yang paling menjadi tumpuan semasa ramadhan pastinya bazar ramadhan. Berbagai juadah boleh didapati disini. Selain itu kewujudan bazar juga dapat memberi sumber rezeki kepada peniaga kawasan setempat. Rezeki ada dimana-mana , yang penting kita berusaha mencarinya.



Read Post | ulasan

Ramadan 1433H | Bubur Lambuk Masjid Felda Raja Alias

Bubur lambuk antara makan yang popular bila tiba bulan ramadhan. Masjid Felda Raja Alias mengambil peluang sempena ramadhan ini untuk mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar. Persiapan memasak telah dijalankan secara gotong royong..Tahniah warga Felda Raja Alias.





Read Post | ulasan

Projek Puteri Prihatin Di Hospital Jempol

Friday, July 20, 2012

Puteri Umno Bahagian Jempol yang diketuai oleh Ketua Puteri Bahagian Jempol , Norhanim Ismail telah mengadakan program Projek Puteri Prihatin di Hospital Jempol pada 17 Julai 2012. Seramai 100 pesakit telah menerima sumbangan berupa barang keperluan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga usaha murni seperti ini berterusan.

Puan Norhanim bersama Doktor Ravi serta AJK Puteri Umno Bahagian

Read Post | ulasan

Forum Secangkir Kopi Bersama Yang Berhormat

Wednesday, July 18, 2012

As salam buat semua warga Jempol. Pihak Buletin Parlimen Jempol (BPJ) sedang merancang untuk mengadakan program yang akan memberi ruang kepada belia serta warga Jempol untuk berforum bersama pemimpin. Program yang akan diberi nama SECANGKIR KOPI BERSAMA YANG BERHORMAT bakal memberi ruang kepada semua untuk mendengar , memberi idea serta bertukar-tukar pandangan. 

Program yang dirancang ini bakal diadakan di dewan Felda Palong 1 dengan kerjasama Persatuan MBFM sekitar gugusan Palong. Kehadiran tuan-puan sangat dialukan demi mencapai matlamat program.

Nyatakan kehadiran anda melalui link dibawah..

FORUM SECANGKIR KOPI BERSAMA YANG BERHORMAT
Read Post | ulasan

Warga Felda Wilayah Raja Alias Membantah Himpunan Oren

Thursday, July 12, 2012

Kami warga Felda Wilayah Raja Alias membantah himpunan Oren yang dijadualkan pada 14 Julai 2012. Mesej jelas ini disampaikan oleh warga Felda Wilayah Raja Alias. Selain itu mereka juga menyokong penuh  penyenaraian FGVH di bursa saham Kuala Lumpur. Tiada apa yang perlu dibantah lagi apa lagi mahu berhimpun yang agendanya semata-mata hendak menimbulkan rasa benci masyarakat peneroka kepada Felda.

Seluruh gabungan yang ada di tanah rancangan felda wilayah Raja Alias membantah dan mengutuk segala usaha untuk memecahbelahkan warga Felda. Ini bukan bersandarkan kepada politik semata-mata tapi berdasarkan warga Felda tidak mahu maruah mereka di jaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..

TANAH RANCANGAN FELDA TANAH KAMI , KAMI TAHU APA YANG BAIK DAN APA YANG BURUK.. KAMI TAK SOKONG HIMPUNAN OREN.







gambar oleh Mohammed samsuddin
Read Post | ulasan

Sekitar Persidangan Umno Bahagian Jempol

Wednesday, July 11, 2012

Berikut adalah beberapa gambar sekitar perwakilan dan persidangan Umno Bahagian Jempol pada 7 dan 8 Julai 2012. Tahniah Umno bahagian Jempol







Untuk lebih gambar berbagai aktiviti sekitar Parlimen Jempol sertai kami di Facebook Buletin Parlimen Jempol di https://www.facebook.com/groups/177485365699922/

Gambar Oleh Zainaul Abidin Along

Read Post | ulasan

Skuad Sayang Umno Cawangan Felda Serting Hilir 5

Thursday, June 28, 2012

Terima kasih atas keprihatinan skuad sayang Umno cawangan felda Serting Hilir 5 kerana hari ini 28 Jun 2012 mereka telah pun menjalanankan tanggungjawab mereka dalam mendengar masalah setempat. Hari ini mereka telah pun  menziarah Pak Mail peneroka Serting Hilir 5 yg terlantar setelah diserang angin ahmar.

Semoga usaha sebegini dapat diteruskan dari masa kesemasa. Dengan cara ini juga masyarakat yang ditimpa musibah akan rasa dihargai. Harap program seperti ini di perbanyak dan di perhebatkan di seluruh Parlimen Jempol.




Gambar Oleh Jue Jonid

Read Post | ulasan

Bayaran Durian Runtuh Guna Dana Dalaman Dan Imbuhan Penjualan Saham FGVH

Wednesday, June 27, 2012

Pembayaran durian runtuh RM15,000 kepada warga FELDA dibiayai menggunakan dana dalaman dan wang imbuhan yang diterima melalui penjualan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Ahmad Maslan dari soalan Mohd Nasir ( Pas Padang Terap ) yang bertanya dari sumber mana kerajaan membayar RM15,000 kepada peneroka Felda sedangkan penyenaraian FGVH belum dilaksanakan.

Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Pembayaran itu akan dilakukan dalam tiga fasa dengan fasa pertama berjumlah RM5,000 kepada ketua keluarga peneroka, fasa kedua membabitkan RM5,000 kepada isteri peneroka, manakala fasa ketiga pembayaran RM5,000 kepada generasi kedua FELDA. 


Read Post | ulasan

Islam Tetap Dipertahankan - Najib

Tuesday, June 26, 2012


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang kini diperjuang pihak tertentu juga akan ditentang. Dalam usaha kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi, tiada sebarang kompromi berhubung soal akidah, ibadah, muamalat dan akhlak. Kerajaan berikrar akan mempertahan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini.

Perdana Menteri juga  menyentuh mengenai tindakan Pas mengarahkan ahli parti berkenaan agar menangguhkan ibadah haji demi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, Najib berkata beliau terkejut kerana Pas tergamak berbuat demikian. Sebagai sebuah parti yang mendakwa parti Islam, Pas sepatutnya mengutamakan pelaksanaan fardu ain terlebih dahulu berbanding fardu kifayah kerana ibadah haji rukun Islam kelima dan wajib ke atas mereka yang berkemampuan.




Read Post | ulasan

Felda Global Catat Keuntungan RM280.806 Juta Bagi Suku Pertama

Monday, June 25, 2012

FELDA GLOBAL CACAT KEUNTUNGAN SUKU PERTAMA Felda Global Ventures Holdings Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai rendah sebanyak RM280.806 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2012, berbanding RM495.284 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan meningkat kepada RM1.719 bilion, semasa tempoh tersebut, daripada RM1.688 bilion sebelumnya.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pendapatan tinggi itu adalah hasil daripada jualan minyak sawit mentah dan isirung sawit yang bertambah baik tetapi diimbangi penurunan dalam pendapatan daripada segmen hiliran.
Sementara itu, Felda berkata operasinya bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012, dijangka dipengaruhi oleh keupayaan untuk mengekalkan bahagian pasaran, meningkatkan jualan dan pemulihan ekonomi di dalam negara dan juga global.

Read Post | ulasan

Festival Kanak-Kanak 1 Malaysia Di Palong 4,5,6

Bukan hanya yang dewasa , kanak-kanak turut diberi perhatian oleh pemimpin kita. Oleh itu satu program berbentuk festival telah diadakan pada 24 Jun 2012 Ahad. Festival Kanak-Kanak 1 Malaysia  diadakan khas untuk kanak-kanak yang berumur dari 5 bulan hingga 12 tahun. 

Program UMNO dengan kerjasama kepimpinan setempat yang melibatkan JKKK , GPW , BELIA , KEMAS dan lain-lain. Festival ini turut mendapat sokongan kuat dari Encik Mustafa Nagoor. Berbagai acara telah diadakan seperti pertandingan mewarna , pakaian beragam dan bayi sihat. Turut hadir memeriahkan festival adalah ahli Perlimen Jempol Dato Hj Lilah Bin Jh Yasin.

Kesimpulannya , program serampang dua mata ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk mengumpulkan generasi pertama , kedua dan ketiga felda.






Gambar Oleh Amirul Kizmyself Rafiqin

Lain-lain gambar sertai kami di FB Buletin Parlimen Jempol
Read Post | ulasan

Majlis Perasmian Jejak Warisan Teratak Zaaba Pada 20/06/2012

Saturday, June 23, 2012

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim pada Majlis Perasmian Jejak Warisan Teratak Za'ba di sini hari ini. Turut hadir , Ahli Parlimen Jempol, YB Dato' Haji Lilah Haji Yasin.






Gambar Oleh Fauziah Tawil 
Read Post | ulasan

Jelajah Pemuda Umno Bahagian Jempol

Pada 28 Februari 2012 telah diadakan jelajah pemuda Umno Bahagian Jempol bersama Adun Jeram Padang Datuk VS Mogan. Jelajah bermotosikal ini telah menjelajah kawasan DUN  Jeram Padang bertemu rakyat. Tahniah Pemuda Umno Jempol atas usaha ini.





Foto oleh Tok Jampi 
Read Post | ulasan

Kayuhan 1 Malaysia Semasa Fiesta Astro Mesra Belia 1 Malaysia 1 Felda

Fiesta Astro Mesra Belia 1 Malaysia 1 Felda telah berlangsung pada 8 hingga 10 Jun 2012 di Padang Awam Palong 4,5 dan 6. Salah satu acara menarik yang telah belangsung adalah kayuhan 1 Malaysia yang turun disertai oleh ahli Parlimen Jempol Dato Lillah bersama pemimpin setempat. Kayuhan ini juga melibatkan belia sekitar palong dan luar palong dimana jarak kayuhan adalah 7 kilometer mengelilingi sekitar kawasan Palong 4,5 dan 6. 


Foto oleh Amirul kizmyself Rafiqin
Read Post | ulasan

Ucapan Terima Kasih Dari Peneroka Palong 8

Durian runtuh yang di umumkan oleh Perdana Menteri berjumlah RM15 ribu setiap keluarga peneroka telah mengembirakan peneroka felda seluruh negara. Tidak ketinggalan juga bagi peneroka di Jempol iaitu peneroka dan penerokawati Felda Palong 8 yang terletak di dalam DUN Palong. Itulah nikmat dan rezeki Allah kepada mereka yang tahu bersyukur. Terima kasih PM..
Dato Lillah menyampaikan check RM5000 kepada penerima
di Felda Palong 8





Foto oleh Othman Parman
Read Post | ulasan

Program Pemimpin Bersama Rakyat Dan Sukaneka KEMAS DUN Jeram Padang

Program Pemimpin Bersama Rakyat Dan Sukaneka KEMAS DUN Jeram Padang telah diadakan pada 18 dan 19 Mei 2012 bertempat di Felda Palong 1. Majlis penutup telah dilakukan oleh ahli parlimen Jempol Dato Haji Lillah Bin Yassin.




Foto Oleh Zainaul Abidin Along
Read Post | ulasan

Kompang Raja Alias Di Karnival Iktiraf 2012

Belia Felda Palong 5 bersama dengan kerjasama Seranta dan Felda Wilayah Raja Alias , Jempol telah menghantar pasukan kompang 1 Malaysia dalam perhimpunan kompang terbesar Karnival Iktiraf 2012 di Dataran Merdeka. Belia Jempol boleh.. 



Foto Oleh Amirul Kizmyself Rafiqin
Read Post | ulasan
 
© Copyright BULETIN PARLIMEN JEMPOL 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all