Tuesday, June 26, 2012

Islam Tetap Dipertahankan - Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang kini diperjuang pihak tertentu juga akan ditentang. Dalam usaha kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi, tiada sebarang kompromi berhubung soal akidah, ibadah, muamalat dan akhlak. Kerajaan berikrar akan mempertahan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini.

Perdana Menteri juga  menyentuh mengenai tindakan Pas mengarahkan ahli parti berkenaan agar menangguhkan ibadah haji demi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, Najib berkata beliau terkejut kerana Pas tergamak berbuat demikian. Sebagai sebuah parti yang mendakwa parti Islam, Pas sepatutnya mengutamakan pelaksanaan fardu ain terlebih dahulu berbanding fardu kifayah kerana ibadah haji rukun Islam kelima dan wajib ke atas mereka yang berkemampuan.




Share on :

0 ulasan:

 
© Copyright BULETIN PARLIMEN JEMPOL 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all